Saturday, June 11, 2011

KASUT ! ! ! !

Sudah seharian di kebun Cikgu Fatin pulang ke rumah untuk berehat. Sampainya dia dirumah, dia ternampak sebuah bungkusan dihadapan pintu rumahnya. Milik siapakah agaknya ? Cikgu Fatin  tertanya sendiri. Dia segera melihat bungkusan tersebut, namanya jelas tertulis pada bungkusan tersebut. Tapi daripada siapa ? Pengirimnya tidak diketahui. Puas Cikgu fatin berfikir, namun masih tidak mengetahui siapa pengirimnya. Didalam bungkusan itu terlihat sepasang baju kurung batik yang sungguh cantik buatannya beserta kasut yang senada dengan baju kurung tersebut. Cikgu Fatin semakin binggung dan membiarkan sahaja bungkusan tersebut.

Hari ini hari guru, andainya aku masih mengajar disekolah, pasti aku jua diraikan bersama-sama anak muridku. Namun, aku puas dengan bakti yang telah ku tabur selama 25 tahun aku berkhidmat. Kawasan sekolah yang terletak dipendalaman ini tidak pernah sekali membuatkanku merungut, keadaan yang serba kekurangan dan kedaifan masih menjadi sinonim dengan keadaan kampung ini.   Macam-macam gelagat dan kerenah murid aku hadapi selama di Sekolah Rendah Kampung Setia. Mengenang kembali peristiwa itu membuatkanku tersenyum sendiri. Setiap kerenah yang aku hadapi ada suka dan dukanya. Bukan pendidik namanya andai aku tak bisa mengawal anak muridku sendiri. Tiba-tiba aku teringatkan bungkusan yang ku terima pagi ini setelah pulang solat subuh di surau berdekatkan rumahku. Kali ini sepasang kasut yang cantik dimuatkan didalam sebuah kotak. Tanpa nama pengirim dan hanya namaku jelas disitu. Aku hairan dengan pengirim ini. Lama aku merenung kasut tersebut membuatkan aku teringat satu peristiwa dalam hidupku. Peristiwa itu kini semakin jelas bermain-main di layar mindaku.

“ Bangun !! Selamat pagi Cikgu !!”

Cikgu Fatin  berdiri dihadapan kelas. Matanya memandang sekeliling kelas darjah 4  itu. Akhirnya, seperti matanya tertumpu pada Hassan. Cikgu Fatin hanya merenung Hassan dari atas ke bawah. Matanya tertumpu pada kaki Hassan. Dengan wajah yang garang bisa menakutkan dan menjadi igauan anak-anak kecil yang rata-rata anak pesawah ataupun nelayan.

“ Hassan, mana kasut ?” tanya Cikgu Fatin dengan suara yang serius. Soalan itu bukan yang pertama, malah sudah kerap ditanya sejak sekolah dibuka beberapa minggu yang lalu.

“ Belum beli, cikgu,”jawab Hassan dengan suara perlahan amat. Seolah-olah tidak kedengaran. Suara anak kecil itu tidak mahu keluar seperti ada yang tersekat di anak tekaknya.

Itulah jawapan yang sering diberikan semenjak soalan itu diajukan kepada dia. Hassan tidak banyak bercakap. Mukanya ditundukkan apabila bercakap dengan orang., terutamanya Cikgu Fatin. Dia tidak berani bertentang mata dengan Cikgu Fatin.

“ Bila nak beli ?”Tanya Cikgu Fatin. Pertanyaan itu dibiarkan sepi tanpa berjawab. Hassan membatukan diri seperti selalu.

Begitulah setiap pagi sejak beberapa minggu lalu. Sebelum itu Hassan memakai selipar Jepun lusuh ke sekolah. Selepas selipar itu putus, Hassan hanya berkaki ayam. Tidak pernah ada kasut berwarna putih dikakinya.
Sepanjang tiga minggu itu, Cikgu Fatin bertanya soalan yang sama setiap pagi. Baginya Hassan merosakkan keceriaan kelas. Murid lain semuanya berpakaian lengkap. Hanya Hassan tidak. Pada fikiran Cikgu Fatin, jika murid itu miskin pun, mustahil kasut sekolah pun tidak mampu dibeli. Bukannya mahal sangat. Pasti ibubapa Hassan tidak pernah ambil kisah jika Hassan terus tidak berkasut.

Cikgu Fatin bukannya garang sangat namun kerenah Hassan sedikit sebanyak mencetus perasaan kurang senang dalam jiwa mudanya. Dan rasa kurang senang itu, dilepaskan pada Hassan setiap pagi sehingga membuatkan budak hingusan itu termangu-mangu dan tersipu-sipu. Malu barangkali.

Cikgu Fatin bertanyakan soalan yang sama setiap pagi ada tujuannya. Sekurang-kurangnya Hassan mendesak ibubapanya untuk membelikan dia sepasang kasut sekolah. Dia tahu, jika dia tidak ambil kisah perkara ini akan berlarutan. Malahan, anak-anak yang lain akan turut mengambil kesempatan. Anak-anak kampung itu sememangnya lebih selesa berkaki ayam waktu itu. Mereka sudah biasa dengan keadaan sedemikian. Kasut bukanlah satu barang yang penting dalam hidup mereka.

“ Lepas ini kita akan ke padang untuk bersenam.”ujar Cikgu Fatin.

Murid-murid segera menukar pakaian. Cuma Hassan sahaja yang tidak berbuat demikian.
Di padang, semua murid darjah empat itu bermain dengan riang. Semuanya berpakaian sukan yang lengkap. Mata Cikgu Fatin sekali lagi tertumpu pada Hassan. Dia masih memakai kemeja putih lusuh dan seluar biru pudar. Kemarahan Cikgu Fatin tiba-tiba datang semula.  

“ Hassan, mari sini !”panggil Cikgu Fatin segera. Hassan pun datang terkebil-kebil, tertunduk-tunduk seperti ayam kalah menyabung.

“ Kenapa tak tukar pakaian ?” Cikgu Fatin terus bertanya. Hassan tidak menjawab. Dia ketakutan. Pasti.

“ Kasut sekolah tak pakai, baju sukan tak bawa ! apa nak jadi dengan kamu ni ?”leter Cikgu Fatin setelah melihat Hassan hanya diam membatu. Mahu sahaja dipukul budak itu sekuat hati. Namun, kesabaran masih tersisa dalam jiwanya. 

“ Saya dah tak tahan dengan kamu. Hari ini saya nak denda kamu !”kata Cikgu Fatin. Dia segera bangun dan mencari sesuatu. Dia ke tepi pagar sekolah. Barangkali mahu mencari ranting pokok di tepi pagar. Jika ada ranting itu, punggung Hassan akan disebatnya kuat-kuat, fikirnya. Ilmu psikologi yang dipelajarinya di Maktab dahulu tidak boleh dipakai ketika berdepan dengan budak seperti itu. Begitu pula fikir Cikgu Fatin. Hassan tetap tercegat dan terkebil-kebil, menanti hukuman guru yang berasal dari Bandar itu.

Tiba-tiba Cikgu Fatin terpandang rumpun pisang merimbun di tepi pagar sekolah. Beberapa tandan pisang terjuntai dicelah-celah rumpun pisang itu. Dibawahnya bertaburan kelopak jantung yang gugur. Besar-besar dan berwarna merah hati. Cikgu Fatin memungut kelopak jantung itu kembali ke tempat Hassan sedang berdiri seperti menanti hukuman gurunya.

“ Pergi cari tali !”arah Cikgu Fatin kepada Hassan. Murid itu tidak berkata apa-apa. Dia terus beredar ke arah kantin sekolah. Sebentar kemudian dia kembali dengan seutas tali rafia berwarna merah.

“ Kamu pakai benda ini. Ikat elok-elok!”Cikgu Fatin memberikan perintah. Jarinya ditunding tepat ke arah kelopak jantung pisang. Hassan memandang kosong ke wajah Cikgu Fatin seperti mahu meminta simpati.

“Cepat !”jerkah Cikgu Fatin apabila melihat Hassan masih tercegat. Kali ini Hassan tidak membantah. Dia mencangkung dengan sebelah kaki dihulurkan ke depan.

Kelopak jantung diacukan ke tapak kakinya yang comot. Kemudian, tali rafia dilalukan dibawah tapak kakinya itu. Kelopak jantung pisang itu kemudian diikat kemas-kemas, melekap sendat pada kaki kematu Hassan. Selepas sebelah, sebelah lagi dipasangkan, seperti memakai kasut sekolah.

“ Jangan buka-buka kasut ini selagi kamu tak beli kasut baru!” Cikgu Fatin memberikan amaran. Ada sedikit perasaan lucu didalam hati Cikgu Fatin melihat anak murid yang tidak dikenali latar belakang itu. Kadang-kadang dilihatnya Hassan seperti lurus bendul. Dia tidak pernah membantah kata-kata guru.  Katalah apa sahaja, dia tetap patuh tanpa banyak soal. Jauh sekali ponteng sekolah. Walaupun berkaki ayam, Hassan tidak pernah ponteng. Itulah kelebihan Hassan. Kegigihannya memang ketara. Cikgu Fatin juga menyedarinya.

Hassan berlalu. Airmatanya mula meleleh, membasahi pipi cengkungnya. Kawan-kawannya mula tertawa melihat kasut barunya itu. Hassan berjalan macam lembu sakit kaki. Dia serba salah. Hendak diangkat muka, dia malu. Semua yang ternampak kakinya pasti tersengih-sengih jika tidak ketawa. Hendak tunduk, ternampak pula kasut barunya yang menyakitkan hati.

Ketika itu terasa kakinya macam kaki gajah yang untut dan tak cantik. Seperti kaki ayam yang mencakar najis. Terasa kakinya seperti kaki monyet, kaki itik, kaki kambing dan kaki tiang rumahnya yang using. Malah, Hassan terasa dirinya seperti tidak berkaki langsung, kudung kedua-dua belah, kiri dan kanan. Hassan semakin malu memikirkan semua itu. Waktu rehat Hassan tidak keluar. Dia hanya menanti deringan loceng waktu pulang dengan gelisah. Pasti sepanjang jalan nanti semua orang akan melihat kakinya yang berkasut kelopak jantung itu.

Hassan berlari pulang ketika murid-murid lain sudah keluar sekolah. Sekejap pun dia tidak berhenti kerana malu kakinya dilihat orang. Jika berselisih dia akan ke kaki lima jalan atau masuk ke dalam semak rumpun semalu ditepi jalan. Dia sudah biasa meranduk semak begitu. Sakit hatinya kini lebih perit daripada tertusuk duri semalu ditepi jalan. Matanya masih berair, bukan kerana sakit kaki, akan tetapi hatinya yang terhiris.

Esoknya, tempat duduk Hassan kosong. Cikgu Fatin sedar bahawa Hassan tidak datang. Selama ini Hassan tidak pernah ponteng sekolah. Dia akan tetap ke sekolah walaupun terpaksa jalan tanpa kasut.
Hari berikutnya juga Hassan tidak datang. Kini, sudah seminggu Hassan tidak bersekolah. Cikgu Fatin berasa ada sesuatu yang tidak kena. Dia cuba mendapatkan maklumat daripada murid-murid yang lain.

“ Dia kata hendak berhenti sekolah, cikgu !”kata salah seorang kawan Hassan. Jawapan itu membuatkan Cikgu Fatin tersentak. Dia mula rasa Hassan berkecil hati. Cikgu fatin tidak menyangka tindakannya telah menyentuh perasaan muridnya itu. Rasa bersalah mula menyerang perasaannya. Dia mula rasa kehilangan Hassan. Niatnya, dia mahu Hassan menjadi seperti murid-murid yang lain di sekolah.

Jika Hassan berhenti sekolah, bermakna kerjayanya sebagai guru telah gagal. Mana ada guru yang mahu muridnya gagal dalam pelajaran. Mana ada guru yang mahu murid-muridnya berhenti sekolah. Jika tidak ada murid, dari mana datangnya kerjaya seorang guru. Murid dan guru itu saling melengkapi. Kini, seorang murid hendak berhenti sekolah. Jika itu terjadi, maka Negara akan kehilangan seorang warga yang berpendidikan. Cikgu Fatin mula disapa penyesalan. Dia mula insaf tindakannya terhadap Hassan  keterlaluan. Selama ini, walaupun dimarahi beberapa kali, Hassan tetap akan datang ke sekolah.

Petang itu, Cikgu Fatin mengambil keputusan untuk pergi kerumah Hassan dengan panduan murid-murid lain. Cikgu Fatin melalui denai-denai sempit dengan motosikalnya hingga ke hujung kampung.

“ Jauh juga rumah Hassan” bisik hati kecil Cikgu Fatin. Dia mula membayangkan betapa sukarnya Hassan ke sekolah setiap hari, berjalan tanpa kasut dalam semak seperti itu. Batu kerikil di sepanjang jalan sudah tentu menyakitkan kaki anak kecil seperti Hassan. Pohon semalu yang berduri memenuhi jalan sudah pasti memeritkan tapak kaki kecil milik Hassan.

Sebaik sampai di sebuah rumah yang tidak ada penghuni dilihat oleh Cikgu Fatin didalam rumah yang layak disebut pondok itu. Cikgu Fatin memandang sekeliling. Suasana sepi sekali. Dia pasti itulah rumah Hassan seperti yang diberitahu oleh anak muridnya yang lain.

“Assalamualaikum,, Hassan,,”Cikgu Fatin memberi salam. Suasana sunyi kembali. Tiba-tiba muncul seorang wanita separuh umur dari belakang rumah, terhinggut-hinggut dan uzur benar.

“Hassan tak ada, dia ke kebun sayur mengambil upah petik cili. Sebentar lagi dia balik.”kata wanita tersebut.

“Cik ni siapa?”tambahnya kemudian.

“Saya Cikgu Fatin” riak wajah wanita tersebut terus berubah mendengar jawapan itu.

“ Jemputlah naik.”pelawa wanita itu. Cikgu Fatin dapat meneka bahawa wanita itu adalah nenek Hassan.

“Tak apalah! Saya nak jumpa Hassan,”balas Cikgu Fatin

Tidak lama kemudian, Cikgu Fatin terpandang kelibat seorang budak lelaki berjalan di celah-celah semak di belakang rumah. Pergerakan budak itu tidak lancar. Cikgu Fatin hanya menanti dengan sedikit debaran di dada.

“Hassan !”sapa Cikgu Fatin apabila budak itu hampir dengannya. Hassan seperti terkejut dengan sapaan dan kehadiran Cikgu Fatin. Dia terus membatukan diri. Cikgu Fatin memerhatikan Hassan dari atas ke bawah. Pandangannya terlekat pada kaki comot budak lurus itu.

“Kenapa kamu tak buka kelopak jantung ini?”Tanya Cikgu Fatin pantas. Perasaannya mula tersentuh. Dia tidak menyangka arahan supaya tidak menanggalkan kelopak jantung itu benar-benar dipatuhi oleh anak murid yang selalu mengganggu perhatiannya itu.

“ Saya belum cukup duit untuk membeli kasut baru,”jawab Hassan terkebil-kebil. Jemari halus kelihatan kemerah-merahan, barangkali bekas keperitan bekerja memetik cili api di kebun sayur berdekatan.

Air mata Cikgu Fatin gugur tanpa disedari. Dia terus sahaja menghidupkan enjin motosikalnya. Dia melalui denai-denai sempit menuju ke arah  pekan berdekatan. Di pekan itu, dia membeli sepasang pakaian sekolah dan sepasang kasut.
Kemudian, Cikgu Fatin bergegas pulang. Dia terus ke hujung kampung. Dia menyerahkan beg plastik berisi pakaian sekolah itu kepada Hassan. Hassan tetap dengan caranya berhadapan dengan guru darjahnya itu, diam dan terkebil-kebil.

“ Hassan, esok pergi sekolah. Pakai uniform baru ni,”kata Cikgu Fatin. Hassan menyambut pemberian Cikgu Fatin dengan tangannya terketar-ketar.

“ Terima kasih cikgu.”kata Hassan ketika Cikgu Fatin membuka ikatan kasut kelopak jantung yang berjurai-jurai hancur dikakinya.

Cikgu Fatin memeluk Hassan yang sudah dianggap seperti anak sendiri.  Airmatanya menitis tatkala teringat cerita nenek Hassan. Rupa-rupanya Hassan sudah tidak mempunyai ibubapa kerana ibubapanya ditemui lemas ketika ingin menangkap ikan di laut. Perahunya hancur dilambung ombak dan ibubapa Hassan hilang dan ditemui terapung di celah-celah pokok bakau tidak jauh dari tempat dia menangkap ikan.  Terasa sayu hatinya melihat kekuatan Hassan menempuh dugaan hidup tanpa sebarang rungutan.

Kini, Cikgu Fatin telah bersara daripada menjadi pendidik. Dia pernah mendapat khabar beberapa tahun lalu, Hassan menjadi peniaga di pasar malam. Hassan menjual pakaian dan berbagai-bagai jenis kasut. Namun begitu, dia tidak pernah menemui anak muridnya itu. Anak murid yang menjadikan Cikgu Fatin seorang guru yang penyayang.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Cikgu Fatin tidak membeli kasut lagi. Dia sering menerima hadiah kasut-kasut mahal dan berjenama daripada bekas muridnya yang pernah dipakaikan kasut kelopak jantung. Setiap kali sempena Hari Guru dia mendapat sepasang kasut baru. Dalam setiap bungkusan Hassan sering menyatakan keikhlasannya mengenang jasa guru yang menjadikannya seorang insan yang berjaya. Dia telah memegang jawatan pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka di Bandar. Katanya, kasut kelopak jantung benar-benar menyedarkannya betapa pentingnya kasut kepada manusia

Diadaptasi daripada buku KASUT KELOPAK JANTUNG oleh Ghazali Lateh (EDISI MURID)
p/s SELAMAT HARI GURU !! TERIMA KASIH KERANA MENGAJARKU HINGGA BERJAYA KINI..  JASAMU DIKENANG !! :))

Tuesday, March 15, 2011

KANVAS PUTIH !!!

Tiap hari aku bagai pungguk yang sentiasa merindukan bulan. Menanti dan setia menanti hingga akhir hayatku. Tiada yang lain yang aku inginkan. Cuma dia! Sukarku mengerti mengapa sukar untuk melupakan dia. Tanganku tidak berhenti melakar namun akhirnya wajah dia menghiasi kanvas putihku. Tanpaku sedar wajahnya memenuhi seluruh kamarku. Kanvas putih yang akhirnya menghasilkan wajah insan yang amat ku sayang. Aku hidup hanya bertemankan rindu dan wajah yang terlakar pada kanvasku. Tidakkah dia merindui ku jua? Persoalan yang sering bermain-main di benakku.

Meneruskan hari-hari tanpa insan tersayang ibarat aku kesorangan terdampar di lautan sepi. Teman yang sering mendampingiku tidak menyedari hal ini. Aku ibarat pelakon terbaik yang hidup di layar lakonan duniawi. Aku gembira dan ceria. Tidak pernah aku menitiskan airmataku pada mereka. Bagiku, biarlah aku sendiri mengetahui apa yang terjadi padaku. Tidak perlu orang lain untuk mengetahuinya. Aku sedar teman-temanku tidak menyukai dia kerana dia telah banyak menyakitkan aku. teruk aku dihentam gara-gara aku menyatakan hanya dia dihatiku. Tapi apakan daya hatiku benar-benar tidak boleh dibuka  untuk mana-mana lelaki. Aku ibarat disihir dengan cintanya.

Hidup aku yang dahulunya gembira kerna dia. Dia terlalu baik bagiku sehingga aku benar-benar merindukannya.  Dia seorang lelaki yang tidak gemar untuk menyatakan sesuatu tetapi selalu ingin menyatakan sesuatu dengan perbuatan. Aku tahu dia sayangkan aku walaupun dia jarang menyatakannya. Hari-hari yang dilalui bersama dia sentiasa aku kenang dan kurindui. Kemana sahaja aku pergi pasti ada dia. Dia ibarat bayang-bayang yang sentiasa melindungiku. Sungguh aku gembira! Kini, kami jarang bersua muka dan jarang telefon. Aku rindu dia! Suatu hari yang  tak terduga, aku menerima sepucuk surat. Surat yang dinamakan ke atas namaku, Meera. Aku tidak tahu siapa penghantarnya. Setibanya aku di pejabat, surat itu sudah berada di atas mejaku. Hatiku berasa gusar. Tiba-tiba aku rasa begitu takut untuk membuka surat itu. Aku gagahkan jua tanganku untuk membukanya. Dengan hati yang penuh debar aku membaca setiap  patah perkataan yang ada. Dunia seakan runtuh dan menghempap diriku. Aku tidak berdaya untuk bangun lagi. Tanganku tidak kuat lagi untuk memegang surat itu. Segala-galanya menjadi kosong.

Kad jemputan perkahwinan ditujukan kepadaku melayang entah kemana. Dia nak kahwin dengan orang lain! Siapa aku yang sentiasa merindu dan menanti dirinya? Kerana dia hidupku kini tidak seperti dahulu. Aku menjadi seorang yang hipokrit! Berpura-pura gembira tetapi hakikatnya, hatiku hancur dan sukar untuk dipulihkan. Dia tidak pernah memberi apa-apa penjelasan padaku. Seperti aku sahaja yang terlalu berharap pada hubungan ini. Aku sayangkan dia. Tiada pengganti dirinya.  Sudah puas ku daki gunung tertinggi hanya untuk mencari dimana dirimu. Sudah ku jelajahi  isi bumi, hanya untuk dapat hidup bersamamu. Sudah kuharungi laut samudera hanya untuk mencari tempat berlabuh tapi semakin jauh ku mencari cinta semakin aku tak mengerti. Mungkin ku temui cinta sejati saat aku hembuskan nafas terakhirku. Mungkin cinta sejati memang tak ada dalam cerita kehidupan ini.

Suatu hari, aku berjalan di sebuah pusat membeli belah yang terkemuka. Aku nampak dia! Aku benar-benar gembira bila nampak dia. Aku perhatikan gerak geri dia.

“Pandanglah saya. Saya ada kat sini.”kataku perlahan berharap agar dia memandangku.

“ awak.. pandanglah saya. Saya sayang awak. Pandanglah saya kat sini”kataku lagi.

“ awak tahu tak, saya sayang awak sorang je” ujarku perlahan.

Tidak ku duga, dia beralih dan memandang ke arahku. Lama kami memandang antara satu sama lain. Seperti meluahkan rindu yang terpendam setelah sekian lama. Namun hatiku tersentap tatkala melihat seorang wanita cantik memaut lengannya. Terbang segala kekuatan aku. Dia nampak gembira disamping wanita cantik itu. Andai dia gembira bersama wanita itu, aku rela mengundurkan diri demi kebahagiaan dia. Aku gembira andai orang yang aku sayang gembira. Begitu payah untuk membuat keputusan ini. Mulut mudah berkata-kata. Tapi hatiku payah untuk melakukannya. Ikhlaskah aku?

Setiap malam aku menghabiskan masa dikamarku. Melakar dan melukis wajah insan yang kusayang. ingin ku lukis yang lain namun tanganku tidak membenarkan. Hanya wajahnya yang terhasil setiap kali aku cuba melukis. Pelbagai sudut gambar dia aku lukis. Pada saat kenangan bermain-main di layar minda ku. Tanganku tidak berhenti melukis di atas kanvas putih. Apa yang terjadi padaku? Puas aku cuba berhenti namun tidak berdaya. Kerna bagiku dengan cara itulah aku bisa melepaskan rinduku padanya. Walaupun aku sebenarnya mengharap pada yang tak pasti.

Awan berarak meninggalkanku sendiri…
Tatkala aku gembira melihat keindahanmu…
Sang bayu.. Sapalah aku yang terusik dek kerna dia…
Bulan yang tidak bisa berkata-kata…
Namun aku mengerti, dia tidak mungkin jatuh ke ribaku seperti aku mengharap pada yang tak pasti…
Wahai Matahari.. Pancarkan aku dengan sinarmu…
Kerna aku tidak berdaya lagi duduk didalam kegelapan…
Pohon kehijauan yang melambai-lambai…
Seakan ingin mengembirakanku…
Namun, sehingga kini aku tak pasti masih adakah kegembiraan itu…
Wahai Bintang.. yang berkerlipan di malam hari…
Aku menunggumu setiap hari…
Berharap kau kan kembali…
Namun, harapanku hancur tatkala awan mendung berarak menutup kerlipanmu…
                                -QaFy's- (LoVe u aLL)!!

Friday, January 14, 2011

::: SEPI SEORANG PERINDU :::


Berjalan di gigi air sambil melihat matahari terbenam, mengingatkan aku pada seseorang. Seseorang yang ku anggap seperti  matahari, menyinari hidupku yang kelam. Bahagia ku rasa saat itu. Hanya dia yang ku cinta. Benar hanya dia. Kerna dia aku bisa merasa hidup gembira dan bahagia. Kini dia tiada untuk mendampingiku lagi. Aku hanya seorang wanita  yang sepi dan rela menjadi perindu hingga akhir hayatku. Kerna tiada lagi pengganti tempat dia. Hanya dia ku cinta hingga akhir hayatku.

                Benar bukan seorang saja yang ingin mendampingi aku setelah dia pergi. Ramai lelaki datang untuk cintaku. Tapi sayang cintaku telah habis diberikan kepada insan yang amat ku cinta. Aku tak boleh mencintai lelaki lain seperti mana aku mencintai dia. Ramai mempersoalkan cintaku. Salahkah aku setia pada orang yang telah pergi meninggalkan aku?  Dia tinggalkan aku disaat aku benar-benar memerlukan seseorang disisi aku. sampai hati dia tinggalkan aku disaat aku amat inginkan dia disisi. Aku inginkan dia untuk bersama menikmati  keindahan alam ini. Aku seperti ingin belari hingga hujung dunia tanpa henti. Aku benci kehilangan dia. Kenapa dia tinggalkan aku? memang benar hakikat memang sukar untuk diterima. Tanpa kusedar airmata telah membasahi pipi dan aku telah jauh berjalan. 

5 tahun lepas . . . . . 
 
Aku sendirian di tempat menunggu hospital. Lama kurasakan.
“ mana ayah ni? Tak suka la duduk sorang-sorang kat sini.”rungut Anna dalam hati.
Tiba-tiba datang seseorang duduk disebelahnya. Anna tahu, lelaki yang duduk disebelahnya berdasarkan bau minyak wangi yang dipakai oleh lelaki tersebut. Razif terpaku melihat wajah Anna. Anna cantik, rupanya iras Lisa surihani. Wajahnya lembut dan gebu. Alis matanya yang cantik. Hati lelakinya berdegup kencang.

“woo. . cun gila laa awek sebelah ni . . rugi kalau tak berkenalan. . .hehe. . nak cuba, try, test laa . .”kata Razif dalam hati sambil tersenyum sendirian.
“hai . . awak buat apa kat sini”tanya Razif sambil menyentuh bahu Anna menggunakan hujung jarinya.
“ee, gatalnya orang sebelah ni, main sentuh-sentuh pulak”kata Anna dalam hati.
“kenapa awak diam ni? Bisu ke tak pun awak pekak.”kata Razif lagi.
“jumpa doktor la. Takkan nak main masak-masak pulak kat sini.”balas Anna geram. Suka hati sahaja nak cakap orang bukan-bukan.
“ai. . boleh bercakap la. Ingatkan bisu. Kesian la kalau bisu tak pun pekak. Orangnya dah cantik dah. Saya Razif. Awak?”tanya Razif sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
“ bersyukur la awak masih sempurna. Tak semua orang sempurna dan tak semua ingin cacat. Hati-hati bila bercakap. Semua orang ada hati dan perasaan. Kita hanya manusia biasa.” Kata Anna sambil berdiri dan mengeluarkan tongkatnya setelah dia mendengar bunyi tapak kasut ayahnya. Benarlah kata orang, orang buta memang terang hati dan peka.
Alangkah terkejutnya Razif melihat Anna. Anna buta. Patutlah Anna marahkan dia tadi. Lama Razif terpaku melihat Anna berlalu pergi sehingga Anna hilang dari pandangan.
“dia buta”kata Razif sendirian. Razif berlalu meninggalkan hospital.
Razif temenung mengenangkan perbuatannya tengahari tadi. Wanita tersebut cantik tapi sayang dia buta. Terngiang-ngiang lagi kata-kata Anna ditelinganya.
“jahatnya aku ni”kata razif sendirian
“siapa yang jahat?tanya Mamanya.
Terkejut Razif melihat mamanya disebelah.
“hah? Apa mama tanya tadi?”tanya Razif
“kenapa dengan razif ni? Dari Razif balik hospital lagi mama tengok Razif semacam je. Makan tadi pon sikit je. Tadi mama dengar Razif cakap sorang-sorang pasal jahat. Siapa yang jahat ni?tanya mamanya lagi
“tak ada apa-apa Mama. Razif okey.”jawab Razif
“ Razif..”ujar Mamanya
“ Ya Mama. Kenapa?”tanya Razif
“ Razif, kalau ada apa-apa bagitahu lah Mama ya. Mama risau tengok Razif. Razif lah satu-satunya anak Mama. Pewaris segala harta yang Papa tinggalkan ni. Mama dah tak ada siapa-siapa lagi selain Razif.”kata Mamanya sedih.
“kenapa Mama sedih-sedih ni? Razif okey lah Mama. Jangan risau ya. Kalau ada apa-apa Razif bagitahu ya.”pujuk Razif
“Mama ni macam tahu-tahu je. Jangan lah Mama tahu.”kata Razif dalam hati
“Mama sayang Razif.”ujar Mamanya memeluk erat satu-satunya warisnya.
“Razif pun sayang Mama.”balas Razif sambil mencium pipi Mamanya.
“okey lah. Mama nak tolong bibik kat dapur kejap ya.”kata Mamanya.
“ Razif nak masuk bilik dulu ya Mama.”kata Razif berlalu pergi ke biliknya.
Razif baring di katilnya sambil memikirkan wanita yang ditemuinya di Hospital tadi. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Razif mengeluarkan sepucuk surat dari bawah bantalnya. Dia menatap surat tersebut.
“Mama tak boleh tahu ni.”kata Razif dalam hati.
Razif bangun dari katilnya dan meletakkan surat tersebut didalam laci berkuncinya. Dia mengeluh memikirkan masa depannya.
“ Razif… bangun . . dah pagi nak . . masuk office kan hari ni?”ujar Mamanya.
Razif membuka matanya. Dia tidak sedar bila masanya dia terlelap. Sesedarnya Mama mengejutnya untuk ke office. Razif bangun untuk bersiap.
Jalan untuk ke tempat kerja sesak teruk. Maklum lah keadaan di Kuala Lumpur. Razif terasa lapar. Dia tidak sempat bersarapan kerana terburu-buru ke tempat kerjanya.
“ish, sama juga kalau keluar awal. Jalan jam. Lambat juga aku masuk office ni. Tahu tadi baik aku sarapan dengan Mama kat rumah. Tengok sekarang kan dah lapar. Adui.”rungut Razif sendirian.
Razif mengambil keputusan untuk makan di tempat biasanya.
“teringin pula nak makan bihun goreng..”kata Razif dalam hati
Sampai sahaja di kedai makan biasanya, Razif memesan bihun goreng dan teh suam. Tidak lama kemudian pesanan yang diminta sampai.
Alangkah terkejutnya Razif melihat orang yang menghantar pesanan tersebut. Wanita yang ditemuinya di Hospital semalam. Keadaannya tidak seperti orang buta, dia mampu menghantar pesanan walaupun dia tidak boleh melihat. Razif kagum melihat Anna. Seorang wanita yang pandai berdikari. Anna seperti kenal dengan bau minyak wangi tersebut.
“ Awak yang dekat Hospital semalam kan?”tanya Anna cuba meneka.
“ Ya. Mana awak tahu ni? Awak kan . .”jawab Razif. Tidak sempat Razif menghabiskan ayatnya, Anna sudah memotong.
“Buta? Memang saya buta tapi deria saya kuat. Saya kenal bau minyak wangi awak tu.”jawab Anna ingin berlalu pergi
“kejap. Boleh awak duduk disini sekejap? Saya ingin cakap sesuatu.”kata Razif cuba menahan Anna.
Anna kembali ketempat Razif dan duduk dihadapan mejanya.
“ awak nak cakap apa?”tanya Anna
“sebenarnya saya nak minta maaf sebab mulut saya lancang sangat semalam. Saya tak tahu pula awak buta.”kata Razif
“saya dah maafkan awak sejak semalam lagi. Tiada yang sempurna. Semua orang buat silap. Itu je ke awak nak cakap?”kata Anna
“ saya betul-betul minta maaf. Saya tak sengaja.”kata Razif lagi
“saya dah maafkan lah. Lain kali berhati-hati bila bercakap, semua orang ada hati dan perasaan. Kalau dah tak ada apa-apa, saya nak tolong ayah kat dapur.”kata Anna lalu bangun dari tempat duduknya.
“terima kasih. Sudikah awak berkawan dengan saya? Nama awak apa?”tanya Razif berharap
“ Nama saya Anna. Tak salah kan kalau berkawan. Tapi awak tak malu ke berkawan dengan orang buta macam saya ni?”ujar Anna
“ buat apa nak malu. Saya okey je. Awak manusia juga kan. Saya tak kisah, saya kawan dengan semua orang”jawab Razif sambil tersenyum
“ Bagus lah kalu macam tu. Terima kasih sudi berkawan dengan orang yang serba kekurangan macam saya ni.”kata Anna
“Sama-sama. Okey lah saya nak pergi kerja ni. Nanti jumpa lagi ya.”kata Razif
“okey. Saya nak tolong ayah kat dapur dulu.”balas Anna
Razif senyum gembira, ternyata Anna anak tuan punya restoran tempat dia selalu makan. Hatinya tenang setelah meminta maaf dari Anna. Hari ini dia benar-benar gembira. Semua orang dipejabat hairan melihat bosnya begitu gembira. Setelah pulang kerumah, ibunya menegur Razif.
Happy je anak Mama hari ni. Ada apa-apa ke? Dapat projek juta-juta ke? “tanya Mamanya.
 “ projek juta-juta? Tak ada lah Mama. Ni lebih berharga dari tu”balas Razif sambil tersenyum
“Habis tu apa? Bagitahu lah Mama.”tanya Mamanya lagi
“ada lah Mama. Satu hari nanti Razif bagitahu Mama ya.”kata Razif berlalu untuk masuk ke bilik.
Masuk sahaja ke bilik Razif terus baring di katilnya. Razif seperti sudah jatuh cinta dengan Anna. Walaupun Anna buta, dia tidak kisah. Razif ingin mengenali Anna. Hari demi hari Razif kerap berjumpa Anna. Tiap-tiap hari makan di kedai makan kepunyaan ayah Anna. Ayah Anna tiada halangan jika Razif benar-benar serius dengan Anna. Ayah Anna ingin Anna bahagia walaupun Anna tidak sempurna seperti insan lain. Kini, Anna semakin bahagia. Pertama kali ada lelaki sudi berdampingan dengan insan yang serba kekurangan sepertinya. Razif yang pandai bergurau menambahkan seri hidupnya.
                Suatu hari, Razif menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Anna. Razif benar-benar menyayangi Anna. Razif sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami kepada Anna. Anna menitiskan airmata tatkala Razif menyampaikan hasratnya. Anna tidak pernah menyangka ada lelaki sudi memperisterikannya.
“Tapi Mama Razif macam mana? Dia setuju ke?”tanya Anna menyedari dirinya yang serba kekurangan.
“Razif dah bincang dengan Mama. Mama setuju. Mama dah tahu semua pasal Anna. Razif pun tak sangka Mama akan setuju”jawab Razif sambil tersenyum.
“Alhamdulilah”balas Anna tersenyum.
“Minggu depan Mama saya datang merisik awak. Lepas tu kita bertunang dan kahwin ya”kata Razif
“berapa lama kita nak bertunang?”tanya Anna
“tak lama. Lepas sebulan bertunang kita kahwin. Mama setuju. Tak nak lah lama-lama tunang”kata Razif
“yeke? Kalau macam tu, Anna ikut je. Balik nanti Anna bagitahu Ayah ya.”ujar Anna
Majlis bertunang berjalan lancar. Anna sah menjadi tunangan Razif. Anna bahagia sekali. Sebulan lagi dia akan menjadi isteri kepada Razif. Banyak persiapan perkahwinan dilakukan oleh ibu bapa Anna. Anna ada juga membantu ibubapanya. Walaupun dia buta namun hatinya terang. Dia mudah untuk melakukan kerja. Kadangkala orang tidak menyangka bahawa Anna buta. Detik-detik yang ditunggu tiba juga. Anna selamat diijabkabulkan. Sekarang Anna sah menjadi isteri Razif. Razif orang yang paling bahagia. Setelah selesai maljis perkahwinan Anna, Mama Razif berjumpa dengan Anna.
“Mama nak cakap ni. Mama terima kamu ni sebab Razif suka sangat dengan kamu. Kalau tak jangan ingat Mama nak terima kamu. Dah lah buta, boleh ke kamu jaga anak Mama tu? Mama tak yakin kamu boleh jaga dia.”kata Mama Razif.
Kata Mak Mertuanya betul-betul menikam hatinya. Dia sangkakan Mama Razif boleh menerima dia seadanya. Angan-angannya terlalu tinggi sehinggakan dia jatuh menyembah bumi,mencium tanah.
“aku patut sedar diri. Siapa didunia ni nak bermenantukan orang yang tak sempurna macam aku ni. Dah lah buta.”kata Anna dalam hati. Air matanya menitis laju. Sedihnya bukan kepalang.
“entah apalah ada dengan kamu ni, sampai Razif tergila-gilakan kamu. Padahal ramai perempuan yang cantik dan kaya berebut-rebut nak kat Razif. Orang buta macam kamu juga yang dia pilih. Tak paham lah Mama. Ha!! Jangan nak menangis.  Lap air mata kamu tu. Kamu, jangan pandai-pandai nak mengadu kat Razif. Kalau Mama tahu, siap kamu.”ugut Mak mertuanya.
Anna segera mengelap airmatanya. Hatinya hancur. Bila bahagia hidupnya kan muncul. Dia mahu kecapi kebahagiaan sepenuhnya.
“Hai sayang. Hai Mama. Buat apa berdua je ni?”tanya Razif
Mamanya mula kalut dan terperanjat dengan kedatangan Razif.
“saja Mama nak berkenalan dengan menantu Mama ni. Cantik orangnya.”ujar mamanya berbohong.
“yeke? Bagus lah macam tu.”kata Razif tesenyum.
Hidup dirumah Mertuanya serba tak kena dibuatnya. Apa yang dilakukan ada saja yang tak kena. Anna sering dimarahi oleh mak mertuanya. Tetapi mak mertuanya bijak mengawal keadaan sehinggakan Razif tidak mengetahui Anna sering diherdik oleh Mamanya. Mamanya akan berlakon baik didepan Razif supaya anaknya tidak mengetahui betapa dia membenci Anna. Anna tidak pernah mengadu kepada suaminya. Dia selalu memuji mak mertuanya seorang yang baik dan penyayang. Walhal hakikatnya bukan begitu. Apakan dayanya untuk mengadu. Lebih baik dia mendiamkan diri. Anna berpua-pura gembira. Sentiasa tersenyum sehingga Razif tidak perasan kesakitan yang dialami oleh isterinya sendiri. Suatu hari, Anna disahkan mengandung. Razif gembira bukan kepalang. Mamanya hanya berpura-pura gembira. Setelah Razif ketempat kerja.. Mamanya memarahi Anna.
“jangan ingat kamu mengandung kamu tak payah buat kerja dalam rumah ni. Dari tadi asyik baring je. Bangun.. pergi buat kerja kat dapur tu.”kata Mama tegas.
Anna yang masih lemah bangun setelah mendengar perintah Mama. Dia segera kedapur untuk memasak. Setelah itu, dia mengemas rumah. Dia kepenatan lalu tertidur di atas sofa di ruang tamu. Mak mertuanya sakit hati melihat menantunya tidur lalu menyergah Anna.
“amboi-amboi!! Sedap tidur. Pergi dapur tu, basuh pinggan yang banyak dalam sinki.”kata Mama dengan suara yang tinggi. Bibiknya didapur begitu terkejut.
“maafkan Anna Mama. Anna letih sebeb tu tertidur tadi.”ujar Anna
“ah..!! Mama tak nak dengar alasan. Pergi dapur sekarang .!!”kata Mama lagi.
“baik Mama”kata Anna diperlakukan seperti hamba abdi. Dia segera pergi kedapur.
Bibik didapur kasihan melihat Anna diperlakukan sebegitu. Anna tidak pernah mengeluh. Bibik tidak menyangka Anna begitu tabah. Anna mula membasuh pinggan didapur.
“eh. . Anna enggak usah basuh. Biar bibik saja yang lakuin”kata bibik.
“takpelah bik.. Mama suruh Anna yang basuh. Nanti bibik pula yang kena marah.”ujar Anna tersenyum
“ tegarnya Anna ni”kata bibik dalam hati.
“baik lah Anna.”ujar bibik memahami perangai majikannya.
Bibik menyambung kerjanya.
“hai sayang”sapa Razif sambil memeluk pinggang Anna. Anna begitu terkejut.
“bila abang balik?”tanya Anna terkejut
“baru je sayang. Kenapa basuh pinggan ni Anna? Kan abang dah pesan rehat je hari ni.”ujar Razif.
“Dia yang nak basuh. Mama dah suruh dia rehat. Dia yang tak nak”kata Mama tiba-tiba menyampuk.
“ye abang. Anna yang nak basuh. Bosan lah asyik rehat je. Baring je dari pagi.”jawab Anna tersenyum
“sayang kena jaga kandungan tu baik-baik. Jangan buat kerja berat-berat.”balas Razif
“ iye abang. Anna tahu. Abang nak makan?”tanya Anna
“nak lah sayang. Makan dengan abang sekali ye.”ujar Razif sambil memegang tangan Anna lalu dibawa ke meja makan. Makanan telah siap bibik hidangkan.
Setelah makan, Razif naik ke bilik. Tiba-tiba kepalanya seakan berat lalu jatuh di hadapan tangga. Razif pengsan. Kepalanya berdarah terhantuk anak tangga. Mama segera berlari mendapatkan Razif. Razif dibawa ke hospital swasta.
“macam mana dengan anak saya doktor?”tanya Mama setelah melihat doktor keluar dari bilik merawat anaknya. Anna hanya mendengar pertanyaan Mamanya.
“dia okey. Tiada apa yang perlu dirisaukan. Dia cuma penat sahaja. Bagi dia rehat untuk beberapa hari.”jawab doktor tersebut.
Mama lega dengan pernyataan doktor tersebut. Tetapi Anna dapat merasakan kelainan daripada cara doktor tersebut bercakap. Anna mula tidak sedap hati. Walaupun buta, firasatnya kuat mengatakan ada yang tidak kena. Anna masuk kebilik untuk berjumpa suaminya. Suaminya telah sedar.
“Abang okey ke? Sakit lagi tak kepala?”tanya Anna risau
“Abang okey lah sayang. Jangan risau ye, beberapa hari lagi abang sihat lah.”jawab Razif.
“betul ke abang okey?’tanya Anna lagi seakan dapat meneka sesuatu.
“dah doktor cakap okey. Okey lah. Kamu suka ke suami kamu ni sakit?”sampuk Mamanya.
Razif risau, Anna seperti tahu sesuatu. Dia sudah berpesan kepada doktornya agar merahsiakan keadaan sebenar. Tidak mungkin Anna mengetahuinya. Doktor tersebut memang boleh dipercayai. Kecuali Anna dah jumpa suratnya. Tapi Anna buta. Tak mungkin.
“kenapa abang diam? Abang okey tak?”tanya Anna lagi.
Razif seakan terjaga dari lamunannya.
“abang okey sayang. Jangan risau ya sayang.”balas suaminya mengenggam tangan Anna.
Setelah dibenarkan pulang, Anna menjaga Razif dengan baik. Walaupun buta, dia mampu melakukan segalanya. Mama juga seperti tidak percaya. Anna tidak seperti orang yang buta. Setelah Razif sihat, Razif memulakan tugasnya di pejabat. Mama memulakan perangainya kembali. Anna tidak berehat satu hari. Setelah Razif keluar, Anna disuruh membuat kerja-kerja dirumah. Mama memaksa Anna untuk membasuh bajunya yang banyak tanpa menggunakan mesin basuh, bimbang bajunya rosak. Kata mamanya.. Anna patuh sahaja perintah Mama. Semasa membasuh baju, telefon berbunyi. Tiada siapa yang mengangkat telefon.
“ Anna ! ! angkat telefon !”jerit mamanya. Anna terperanjat terus  bangun. Malangnya, dia tergelincir. Sakit dirasakan menjalar dalam tubuhnya. Terasa banyak darah mengalir dikakinya. Tubuhnya terasa lemah. Kini, dia tidak lagi mendengar suara-suara di sekelilingnya. Sesedarnya, dia mendengar suara Razif memanggil namanya.
“Anna kat mana abang?”tanya Anna
“kat hospital sayang”jawab suaminya lembut.
“kandungan Anna mcm mana bang?”tanya Anna lagi
Suaminya hanya diam. Tidak tahu bagaimana mahu mula.
“kenapa abang diam?”tanya Anna
“tak ada rezeki sayang. Tak apa lah. Nanti kita cuba lagi.”jawab suaminya.
“ni semua salah Anna”kata Anna mula menangis
“jangan macam ni Anna. Tak ada rezeki. Nak buat macam mana. Sabar ye sayang.”kata Razif lalu mengucup dahi Anna.
Hari-hari yang dilalui begitu sepi. Razif seakan jauh darinya. Mama tidak habis-habis dengan perangainya. Anna hanya mampu bersabar. Mengenang nasibnya yang jauh dari keluarga. Suaminya pula seperti ingin menjauhkan diri daripadanya. Apa salah yang telah dilakukan sehingga suaminya berubah. Perintah Mamanya semalam membuatkan hatinya bertambah terluka.
“Mama nak kamu izinkan Razif kahwin lain. Mama dah ada pilihan Mama. Mama nak dia yang jadi menantu Mama. Nak tunggu kamu, entah bila lah Mama nak dapat cucu.”kata Mama serius.
Anna hanya mendiamkan diri. Mama telah memujuk Razif supaya berkahwin lagi. Namun, Razif tidak mahu. Dia benar-benar sayangkan Anna. Dia tidak sanggup mengecewakan Anna. Anna lega dengan penyataan suaminya. Suatu hari, Mama membawa pulang sorang wanita yang Mama katakan ingin jadikan menantu. Bibik memberitahu Anna, wanita tersebut seorang anak tokoh koperat dan merupakan seorang model yang terkenal. Anna terasa rendah diri. Mana taknya Anna hanya seorang anak pemilik restoran dan Anna mungkin tidak secantik wanita tersebut. Maklumlah Anna tidak pandai bergaya. Daripada tadi Anna dengar Mama asyik memerlinya sahaja. Anna sedih. Tidak cukup baikkah dia. Selama ini, dia tidak pernah membantah kata-kata Mama. Semua perintah Mama diikuti walaupun sukar untuk dilakukan. Anna banyak bersabar dengan Mak mertuanya. Setelah Razif pulang, Mama beria-ia memperkenalkan wanita tersebut kepada Razif. Anna hanya mendiamkan diri. Razif tiada menampakkan tanda yang dia meminati wanita tersebut. Anna yang duduk didapur hanya mendengar perbualan mereka. Tidak lama kemudian, Razif sibuk mencari Anna. Mama cuba menghalang supaya Razif dapat berbual lama dengan tetamu tersebut. Namun Razif tetap berkeras. Razif pergi kedapur dan nampak Anna duduk sendirian dan menangis.
“kenapa sayang menangis ni? Tanya Razif. Anna terkejut lalu mengelap airmatanya.
“tak ada apa-apa lah abang.”jawab Anna.
“janganlah tipu abang. Kenapa ni sayang?”tanya Razif lagi memegang tangan Anna.
“ abang suka dengan pilihan Mama?”tanya Anna
“oh. . sebab tu ke Anna menangis? Abang sayangkan Anna. Tak mungkin Abang akan menduakan sayang. Percayakan Abang ye.”kata Razif memujuk
“kenapa abang macam nak jauhkan diri dari Anna je?”tanya Anna lagi
“abang sibuk la sayang. Banyak kerja yang abang nak siapkan kat pejabat sebelum abang cuti.”jawab Razif
“cuti? Abang tak sihat ke?”tanya Anna
“tak ada lah sayang. Abang nak bawak sayang pergi honeymoon. Lepas kahwin dulu, abang tak sempat nak bawak sayang pergi honeymoon kan?”jelas suaminya.
“serius ke abang?”tanya Anna gembira.
“serius lah sayang. Abang dah tempah tiket dah.”jawab Razif lagi.
“Tempah tiket? Kita nak pergi mana?”tanya Anna
“adalah sayang. Lusa kita bertolak. Esok abang dah start cuti. Kita keluar beli baju nak bawa pergi sana ya.”ujar Razif
Anna tersenyum gembira lalu memeluk suaminya. Keesokkan harinya, Razif membawa Anna membeli belah. Sudah lama dia tidak membawa Anna berjalan-jalan. Anna kelihatan sungguh gembira. Sepanjang perjalanan, Razif tidak pernah melepaskan tangan Anna. Anna kelihatan seperti orang yang normal. Ramai yang tidak percaya yang Anna sebenarnya buta. Razif dan Anna menjadi perhatian kerana mereka sangat secocok. Razif yang kacak dan sasa sentiasa menjadi perhatian wanita-wanita diluar. Manakala Anna yang cantik dan memiliki bentuk badan seperti model mampu mencairkan hati lelaki. Sekali tengok, orang tidak akan tahu bahawa Anna buta. Razif gembira dapat memiliki Anna. Anna pandai menjaga hatinya. Makan, pakainya sentiasa terurus walhal Anna buta. Setelah pulang kerumah, Anna dan Razif sibuk megemas beg pakaian. Mamanya semakin geram setelah  Razif memberitahu bahawa dia ingin membawa Anna honeymoon. Mamanya pula semakin giat ingin menjodohkan Razif dengan pilihannya. Razif sudah jemu dengan perangai Mamanya.
Pagi-pagi lagi Razif dan Anna sudah menunggu di Lapangan Terbang. Selama seminggu mereka akan pergi bercuti di Korea. Saat-saat ini dinikmati bersama isterinya. Dia ingin sekali membahagiakan Anna hingga nafasnya yang terakhir.  Didalam kapal terbang, tangannya tidak pernah melepaskan tangan Anna. Anna yang letih baring dibahu suaminya. Tangan Anna tidak pernah dilepaskan sehingga sampai ke destinasi yang dituju. Seminggu bersama suami tersayang membuatkan Anna benar-benar gembira. Tiba saatnya Razif dan Anna untuk pulang kerumah. Berat rasanya mahu pulang memikirkan Mama pasti sudah menunggu untuk mengarahkannya untuk membuat kerja-kerja di rumah. Dalam perjalanan pulang, masih terngiang-ngiang lagi kata-kata suaminya.
“sayang. . kalau abang dah tak ada nanti.. sayang jaga diri baik-baik tahu. Abang nak sayang tahu, abang cuma sayang dan cintakan sayang seorang sahaja. Sayang tiada galang gantinya. Abang akan berikan kehidupan yang baru kat sayang kalau abang dah tak ada nanti.”kata suaminya
“apa abang mengarut ni? Abang nk tinggalkan Anna ke?”tanya Anna
“abang tak pernah ada niat nak tinggalkan sayang. Mungkin abang kena pergi juga.”jawab Razif
“apa abang cakap ni?”tanya Anna semakin risau
“tak ada apa-apa lah sayang. Jangan lah risau.”pujuk Razif cuba menenangkan hati Anna.
Sampai sahaja dirumah, bibik beritahu Mama sakit. Bibik cuba menghubungi Razif namun tidak dapat. Mana taknya, handphone Razif mati kan. Katanya nakkan privacy. Kami segera ke bilik Mama. Kelihatan Mama terbaring lesu. Doktor beritahu darah tinggi Mama terlalu tinggi sehingga Mama pengsan. Doktor menyuruh Mama berehat. Mujur ada bibik di rumah. Boleh lah dia tengok-tengok kan Mama. Masuk sahaja dibilik, Mama memanggil Anna. Anna pergi kearah Mama. Tiba-tiba Mama memeluknya. Tidak pernah sebelum ini, Mamanya memeluk Anna.
“Mama berlakon lagi agaknya”kata Anna dalam hati. Anna hanya mengikuti rentak Mak mertuanya.
“Mama minta maaf Anna. Mama banyak buat salah dengan Anna. Ampunkan Mama Anna.”ujar Mamanya. Anna terkejut dengan pernyataan Mamanya.
“maaf?”tanya Razif masih keliru
“ sebenarnya, Mama banyak buat salah kat Anna. Bila Razif pergi kerja, Mama selalu paksa Anna buat kerja kat rumah ni. Anna gugur dulu pun sebab Mama. Mama minta maaf Razif. Sekarang Mama dah sedar. Anna lah permata yang sebenarnya.”kata Mamanya lalu memegang tangan Razif.
Anna hanya terdiam dan terkejut dengan perangai Mamanya. Mamanya tiba-tiba berubah. Razif menolak tangan Mamanya.
“sampai hati Mama buat isteri Razif  macam tu. Mama tahu kan Anna bukan macam orang biasa. Sampai gugur Mama buat.. sampai hati Mama. Mama tak kesian ke kat Anna. Mama tahu kan Razif sayang sangat kat Anna. Kalau apa-apa jadi masa Anna gugur dulu, macam mana Mama? Mama nak bertanggungjawab  ke?”ujar Razif tegas.
“maafkan Mama Razif. Mama bodoh sangat dulu. Mama tak nampak keikhlasan Anna. Mama tak yakin dia boleh jaga Razif. Mama minta maaf.”ujar Mamanya.
“kenapa Anna tak pernah cerita kat Abang Mama buat macam tu kat Anna? Mama sendiri dah tengokkan macam mana Anna jaga Razif masa Razif sakit dulu? Apa lagi yang Mama tak yakin?”kata razif semakin serius
“Abang.. dah lah tu. Benda dah lepas. Bagus lah kalau Mama dah menyesal. Anna dah lama maafkan Mama. Abang pun kena maafkan Mama”kata Anna tersenyum.
Razif hanya mengangguk. Kini, Anna disayangi oleh Mamanya. Doanya kini dimakbulkan. Hari-hari yang dilalui semakin bahagia. Mama kini dapat menerimanya seadanya. Bertambah hari-hari yang dilalui bila dia disahkan mengandung. Razif banyak menghabiskan masa bersama-sama Anna. Banyak juga pesanan yang keluar dari mulut Razif. Anna semakin tak sedap hati. Seperti ada yang tak kena. Mama juga bertambah rajin melayan kerenahnya. Setiap keinginannya pasti ditunaikan. Anna terasa bahagia.
“Anna. . nak tahu tak kenapa Mama tiba-tiba berubah?”tanya Mamanya tiba-tiba.
“Nak . .”jawab Anna lembut
“ Masa Mama sakit, Mama ajak Faizah datang rumah. Teman kan Mama. Mama ingatkan dia ikhlas jaga Mama. Rupanya tak. Malam Mama sakit, Mama teringin nak makan asam pedas ikan pari buatan Anna. Mama tiba-tiba rindukan masakan Anna. Mama suruh Faizah masakkan untuk Mama. Mama tunggu lama sangat. Mama keluar bilik nak tengok apa yang terjadi. Tiba-tiba Mama terdengar Faizah marahkan bibik. Dia cakap dia jaga Mama pun terpaksa sebab dia nak sangat kahwin dengan Razif. Kalau tak, tak ingin dian nak jaga Mama. Menyusahkan katanya. Lepas tu Mama dengar dia cakap dia suka Razif  sebab Razif pewaris harta arwah Papa. Mama ingat dia betul-betul sayangkan Razif. Rupanya pilihan Mama salah. Mungkin Allah nak tunjuk kat Mama siapa sepatutnya jadi menantu Mama. Lepas Anna balik, Anna jaga Mama dengan baik. Walaupun Mama banyak menyakitkan hati Anna. Mama minta maaf. Mama betul-betul rasa bersalah. Walaupun Anna buta, Anna mampu lakukan segalanya. Terima kasih kerana jadi menantu Mama.”cerita Mamanya sedih.
“benda dah lepas Mama, lupakan je la ya. Anna bahagia sekarang, Mama dah dapat terima Anna seadanya.”kata Anna
Razif dan Mama serta kedua orang tuanya begitu gembira membuat persiapan menyambut orang baru dalam hidup mereka. Razif dan Anna hanya mengira detik untuk menyambut zuriatnya yang bakal lahir. Mama banyak berhabis duit mebeli baju untuk cucunya. Malah Mama telah siapkan satu bilik khas untuk cucunya, lengkap dengan katil, bantal dan peralatan baby  tidak lupa juga bilik yang penuh dengan permainan kanak-kanak. Puas Anna menasihati Mama supaya tidak membazir. Namun, Mamanya tetap berdegil, katanya sekali sekala belanja untuk cucu. Anna tidak boleh berbuat apa-apa asalkan Mamanya gembira. Ibu bapa Anna selalu juga menjenguk Anna yang sedang menghitung hari.
Malam itu, Anna rasa sakit di bahagian perut. Sangkanya dia ingin membuang air besar. Namun sangkaannya meleset apabila merasai ada air mengalir di kakinya. Alamak, air ketuban pecah !
“ Abang ! ! “panggil Anna yang sedang menahan kesakitan
Mujur suaminya mudah  terjaga dari tidur. Kelam kabut Razif dibuatnya. Habis satu rumah di kejutkannya. Anna segera di bawa ke hospital swasta yang telah ditempah khas oleh Mamanya.  Sudah beberapa jam Anna berada di bilik bersalin. Tiada tanda-tanda Anna akan keluar. Razif begitu risaukan Anna dan anaknya. Mundar-mandir sahaja Razif dari tadi. Semua keluarga Anna dan Razif setia menanti.
“Ya Allah kabulkanlah doaku..”kata Razif dalam hati
Sejurus kemudian, doktor yang merawat Anna keluar. Segera Razif bertanyakan keadaan isterinya.
“ doktor, macam mana keadaan isteri dan anak saya?”tanya Razif risau
“ tadi ada berlaku komplikasi pada isteri encik. Dia kehilangan banyak darah. Tapi kami berjaya menyelamatkan isteri encik dan anak encik. Tahniah encik dapat anak lelaki”kata doktor tersebut sambil tersenyum
“ terima kasih Doktor telah menyelamatkan isteri dan anak saya.”ujarnya menitiskan airmata
“ Encik dibenarkan masuk untuk melihat keadaan isteri dan anak encik.”kata Doktor itu lagi
Semua keluarga mengucapkan syukur kehadrat Ilahi kerana Anna dan anaknya selamat.  Razif segera masuk ke bilik isterinya, dia memegang tangan isterinya. Muka Anna kelihatan pucat. Razif mengucup dahi isterinya. Dia benar-benar mengasihi isterinya. Sayang pada isterinya tidak bertepi.
“ Abang..”ucap Anna perlahan
“ ya sayang. Kenapa? Sayang sakit ke?”tanya Razif risau
 “ Anak kita sihat tak? Dia macam Anna ke?”tanya isterinya. Razif faham maksud isterinya.
“ Anak kita sihat sayang. Dia sempurna dan cukup sifat. Rupanya comel macam abang .Anna jangan risau ya.”jawab suaminya
Anna tersenyum gembira. Sempurna lah hidupnya kini setelah menjadi isteri dan ibu. Mama orang yang paling gembira. Tak lepas cucu dari tangan. Anaknya juga tidak banyak kerenah, diam sahaja apabila Mama dukung.
“ Muhammad Adam Haikal.”lancar nama itu keluar dari mulut suaminya.
“ Sedap juga nama itu. Anna suka.”kata isterinya. Sudah lama rupanya Razif memikirkan nama itu untuk anaknya. Anna sudah dibenarkan keluar dari hospital. Ibubapa Anna  tinggal sementara waktu di rumah Mama untuk sama –sama besannya menjaga Anna. Anna dilayan seperti puteri. Tiba-tiba ada sesuatu yang menggangu fikirannya. Dia teringat kata-kata suaminya seminggu sebelum Anna bersalin.  Waktu itu, Razif baru selesai solat subuh. Anna terdengar kata-kata Razif.
“ Ya Allah, Ampunkanlah dosaku, dosa kedua ibu bapaku dan dosa ibu bapa mertuaku. Dosa isteri yang amat ku sayangi. Permudahkanlah urusan isteriku. Mudahkanlah dia melahirkan zuriatku Ya Allah. Dengarkanlah permintaan ku yang terakhir. Biarlah aku merasa bahagia menyambut kelahiran anak ku. Selamatkanlah isteri dan anaku Ya Allah. Lindungilah mereka Ya Allah. Biarkanlah aku merasa bahagia disamping isteri dan anakku buat kali terakhir Ya Allah.”doa suaminya. Terdengar suaranya bergetar menahan tangisan. Sayu hati Anna mendengar kata-kata suaminya. Menitis airmata tatkala itu. Razif benar-benar mencintainya. Tapi apakah maksud Razif dengan permintaan ku yang terakhir. Razif menyembunyikan sesuatu daripadanya. Anna tidak sedap hati. Dia tidak sanggup kehilangan suami yang amat dia sayang.
“ Anna. Fikirkan apa tu? Dari tadi abang tengok Anna diam je. Anna ada masalah ke?”tanya suaminya mengenggam erat tangannya.
“ abang ada sembunyikan sesuatu dari Anna ke?”tanya Anna
“ sembunyi? Sembunyikan apa sayang?”tanya Razif pelik
“ Anna dapat rasa Abang ada sembunyikan sesuatu dari Anna. Abang bagitahu lah Anna. Anna risau.”jawab Anna. Razif hanya terdiam.
“ kenapa Abang diam? Betul lah Abang ada sembunyikan sesuatu daripada Anna.”teka Anna lagi
“ tak ada lah sayang. Kenapa sayang cakap Abang ada sembunyikan sesuatu daripada Anna?”tanya Razif
“ sejak kebelakangan ni. Perangai Abang pelik. Anna risau”jawab Anna
“tak ada apa-apalah sayang. Abang okey je.”balas Razif mula risau tembelangnya pecah. Dia sedaya upaya merahsiakan pekara itu.
Anna hanya terdiam. Dia dapat rasakan kelainan dengan perangai suaminya. Hari makin hari suaminya semakin pelik. Suatu hari, Razif menyuruhnya menandatangan satu surat. Anna berasa pelik.
“ abang, surat apa yang abang suruh Anna tandatangan ni?”tanya Anna curiga
“ tak ada apa-apa. Sayang sain je la.”jawab suaminya
“takkan tak ada apa-apa. Tak nak sain lah.”kata Anna
“ kalau sayang cintakan abang. Sayang sain lah surat tu.” Kata Razif
Anna patuh dengan kata-kata suaminya. Dia menandatangan surat tersebut.
“ Anna dah sain. Sekarang Abang bagitahu lah, surat apa ni. Abang nak kahwin lagi satu ke?”tanya Anna mula curiga.
“ kalau ya pun apa salahnya kan? Kuota masih ada lagi tiga.”kata suaminya tergelak.
“ betul ke abang nak kahwin lagi?”tanya Anna sedih.
“ sayang ni, kalau abang nak duakan sayang. Dah lama dah, masa Mama paksa abang kahwin dulu. Ada Abang terima? Abang sayang Anna sorang aja. Tiada pengganti Anna dalam hati Abang”ujar Suaminya tersenyum. Anna terdiam. Benar juga kata suaminya itu.
“ okey sayang abang nak balik pejabat dulu.”kata suaminya mencium pipi isterinya.
Sudah jam 11 malam, Razif masih tidak pulang. Anna semakin risau. Razif tak pernah pulang selewat ini. Mama juga turut menanti Razif. Sudah beribu kali Anna cuba menghubungi Razif namun tidak berjaya. Handphonenya tidak berangkat. Tiba-tiba telefon di rumah Mama berbunyi. Anna bertambah tidak sedap hati. Dia segera mengangkat telefon.
“ Assalamualaikum. Boleh saya bercakap dengan isteri encik Razif.”tanya penelefon tersebut.
“ saya isterinya. Ada apa dengan suami saya?”tanya Anna tak sedap hati
“ Saya inspector Badri. Sabar ya puan. Suami puan terlibat dengan kemalangan jalan raya lewat petang tadi. Kes langgar lari. Kami masih memburu pelakunya. Sekarang suami puan dirawat di Hospital Pakar Ampang.”kata inspector tersebut
Tergamam Anna mendengar penyataan polis tersebut. Kakinya sudah tidak berdaya menampung berat badannya. Anna terduduk dengan telefon masih ditangan. Anna menangis teresak-esak. Tempat dia berharap kini berada di Hospital. Suami yang dia sayangi terlantar di Hospital.
“ kenapa Anna? Siapa yang telefon?”tanya Mamanya.
“ abang kemalangan Mama. Dia kat hospital sekarang.”jawab Anna tersekat-sekat
“ jom kita ke Hospital sekarang. Nanti Mama telefon ibubapa Anna.” Kata Mama cemas. Mujur Pak Hassan pemandunya tidak tidur lagi. Segera mereka ke Hospital. Adam ditnggalkan bersama bibik. Anna terus-terusan menangis. Puas Mama menyuruhnya bersabar. Anna pelik kerana suaminya beria-ia ingin memandu sendiri hari ini. Selalu dia akan menyuruh Pak Hassan menghantarnya. Sampai sahaja di Hospital, Mama meminpin Anna ke bilik bedah bersama Pak Hassan. Puas menunggu di depan bilik bedah. Hati Anna makin tidak keruan. Lama sungguh doktor marawat suaminya.
Tidak lama kemuadian, Doktor yang merawat Razif keluar. Segera Anna dan Mamanya menerpa doktor tersebut.
“ Macam mana dengan suami saya doktor?”tanya Anna risau
“ keadaan suami puan kritikal masa dia sampai tadi. Dia kehilangan banyak darah. Puan jangan risau, dia stabil sekarang. Puan boleh melawat dia tapi jangan terlalu ramai. Pesakit perlukan rehat.”kata doktor muda tersebut.
“ baik lah doktor. Terima kasih.”kata Anna
Anna segera masuk kebilik yang menempatkan suaminya diiringi oleh Mama. Kelihatan anaknya begitu pucat. Menitis aitmata Mama tatkala melihat banyak wayar berselirat di tubuh insan yang disayanginya. Anna mengenggam tangan suaminya. Dia cuba merasai badan suaminya, begitu banyak wayar dibadan suaminya, Anna merintih. Sudah dua hari, Razif tidak sedarkan diri. Anna risau dengan keadaan  suaminya. Anna juga sudah dua hari tidak makan. Hanya meneguk air sahaja. Tidurnya juga tidak cukup. Mama begitu risaukan Anna. Mama lah yang selalu menemani Anna. Mujur ada bibik yang jagakan Adam. Mama juga kerap melihat Anna bercakap-cakap Razif. Kasihan melihat menantunya begitu inginkan Razif bangun.
“ Abang. Bangun lah. Anna rindukan Abang. Anna perlukan Abang. Adam rindukan Papanya. Abang tak kesian kat Anna ke?”kata isterinya memegang tangan Razif.
Macam –macam cerita Anna ceritakan pada Razif. Namun Razif tetap tidak sedarkan diri. Tiap-tiap malam Anna menemani Razif di Hospital. Anna menyuruh Mamanya pulang ke rumah. Dia kesian kan Mamanya untuk berjaga tiap malam. Malam itu, Anna baring ditepi katil suaminya sambil mengenggam erat tangan suaminya. Dia tertidur setelah bercerita pada Razif hari-hari yang dilalui tanpa Razif. Airmata masih tersisa di tubir matanya. Tidak lama kemudian, Anna didatangi mimpi. Anna bermimpikan suaminya berjubah putih datang mendekatinya yang sedang menangis. Suaminya memegang erat tangannya. Suaminya mengelap airmata yang masih tersisa lalu mengucup dahinya. Anna benar-benar rindukan saat itu. Kemudian suaminya memeluknya erat seperti tidak mahu melepaskannya. Anna senang dengan pelukan yang begitu dia rindui. Tiba-tiba suaminya seolah-olah memberi pesanan kepadanya. Suara suaminya tidak begitu jelas. Namun Anna bisa menangkap sedikit butir kata-kata suaminya.
  Anna jaga diri baik-baik. Jaga Adam dengan baik. Abang kan selalu berada sisi sayang. Abang akan beri sayang melihat dunia ni. Dunia yang sayang idam-idamkan. Bukan kehendak abang ingin pergi jauh dari sayang.” Pesanan itu kuat diingatan. Suaminya melepaskan pelukan dan ingin berlalu pergi. Segera Anna menarik tangan suaminya.
“ Abang jangan pergi. Anna dan Adam perlukan Abang. Jangan tinggalkan Anna.”kata Anna sambil menangis.
“ Abang terpaksa pergi sayang. Abang akan selalu berada disisi sayang.”ujar suaminya lalu hilang ditenggelami kabus yang tebal.
Anna tersedar dan terdengar bunyi mesin yang disambung pada suaminya berbunyi kuat. Segera Anna menekan  butang kecemasan untuk memanggil doktor. Anna terjerit-jerit memanggil doktor. Tak lama kemudian doktor masuk kebilik Razif. Anna dipaksa keluar daripada bilik Razif. Anna menangis sendirian. Dia benar-benar takut kehilangan suaminya. Anna menelefon rumah atas bantuan seorang jururawat disitu. Mama dan Pak Hassan segera tiba di Hospital. Mama terus memeluk Anna yang menangis sendirian. Tak lama kemudian, Doktor yang merawat Razif keluar.
“ macam mana suami saya doktor?”kata Anna sambil mengusap airmatanya.
“ dia dah sedarkan diri. Dia nak sangat berjumpa dengan awak.”kata doktor tersebut
“terima kasih doktor.” Kata Anna tersenyum. Razif dah sedar.
“puan, saya nak berjumpa puan. Boleh puan ikut saya ke pejabat?” Ujar doktor tersebut kepada Mama.
Mama hanya mengangguk. Pak Hassan yang membawa Anna berjumpa Razif. Manakala Mamanya mengikut Doktor muda tersebut.
“ Abang..” kata Anna memegang tangan suaminya.
“ sayang.”ujar suaminya perlahan namun Anna mampu mendengarnya.
“ ya Abang. Abang jangan tinggalkan Anna ya. Anna tak sanggup kehilangan Abang. Anna sayang Abang,”ujar Anna menitiskan aitmata. Razif hanya tersenyum
“ sayang kena janji dengan abang suatu benda. Janji?”kata suaminya
“ janji. Apa dia abang?”tanya Anna
“ sayang jagakan Mama dan Adam baik-baik. Anna juga. Belajar terima hakikat ya sayang. Dan terimalah apa yang abang beri pada sayang. Ini untuk kebaikan Anna. Percayalah sayang.”kata suaminya.
“kenapa abang cakap macam tu? Abang macam nak tinggalkan Anna je.”kata Anna lagi
“ abang cintakan Anna seorang sahaja. Sejak abang kenal Anna tiada pengganti Anna dalam hidup Anna. Abang akan setia menanti sayang hingga ke syurga. Moga cinta kita mekar mewangi selamanya sayang.”ujar suaminya. Kata-kata suaminya menusuk ke kalbu. Menghiris sanubari. Razif seolah-olah ingin meniggalkannya. Anna begitu sedih. Sendu mulai bergema di seluruh bilik tersebut. Pak Hassan yang melihat turut menitiskan airmata. Tak lama kemudian, Mamanya masuk kebilik untuk melihat Razif. Kata-kata Doktor tadi masih terngiang-ngiang di telinganya. Dia tidak dapat menerima hakikat tersebut. Ianya seperti batu yang menghempap dirinya.
“ sebenarnya, apa yang terjadi dengan anak saya doktor?”tanya Mama sewaktu tiba di bilik Doktor tersebut.
“ saya harap puan boleh bersabar. Sebenarnya, Razif menghidapi barah otak. Hidupnya tidak lama lagi. Barahnya lambat dikesan. Saya minta maaf puan. “kata doktor tersebut
“ bila doktor dapat tahu anak saya menghidap barah otak? Kenapa doktor tak beritahu saya?”tanya Mama
“ Dua tahun yang lepas, saya kawan baik Razif. Dia minta saya supaya tidak beritahu sesiapa. Saya hanya ingin menunaikan permintaan terakhirnya. Saya minta maaf puan. Razif benar-benar sayangkan isterinya. Dia selalu cerita tentang isterinya.”kata doktor tersebut
“ saya tahu dia benar-benar sayangkan isterinya. Saya nampak itu. Anna pun betul-betul sayangkan suaminya.”ujar Mamanya menahan sendu apabila teringat kelakuannya terhadap Anna dahulu.
“sebenarnya, Razif ada satu permintaan sebelum ajal memanggilnya.”kata doktor tersebut
“apa dia?”tanya Mama
“ Razif teringin sangat nak derma matanya pada Anna. Dia nak Anna guna matanya untuk memudahkan Anna mencari rezeki apabila dia sudah tiada lagi. Dia nak Anna melihat dunia dan melihat dia buat kali terakhir.”kata Doktor tersebut tenang
 “ bila pembedahan akan dilakukan? Kosnya macam mana doktor?”tanya Mama. Mama kagum dengan pengorbanan anaknya demi isteri tercinta.
“ setelah Razif pergi meninggalkan kita semua. Pembedahan akan dilakukan. Mayat Razif akan disimpan dalam bilik mayat sementara tunggu Anna sembuh dan boleh melihat dia buat kali terakhir, itulah permintaanya yang terakhir. Kosnya puan tak perlu risau, semua telah diuruskan oleh Razif. Saya cuma ingin persetujuan puan supaya tidak berlaku pergaduhan kelak.”ujar Doktor tersebut.
“ saya setuju andai itu permintaan terakhir anak saya.”kata Mama mulai menangis. Razif seperti tahu umurnya tidak lama. Sayang benar pada isterinya. Dalam diam Mama kagum dengan anaknya yang mewarisi sifat arwah suaminya. Kenapa lah orang yang dia sayangi cepat benar meninggalkan dia? Soalnya dalam hati. Hatinya merintih.
“ Mama.” Razif memanggilnya. Mamanya kembali ke alam nyata.
“ ada apa anakku?”tanya Mamanya menahan kesedihan.
“ Mama tolong jagakan Anna danAdam baik-baik ya. Razif sayangkan Mama dan diaorang. Mama jangan lah seksa Anna macam dulu. Sayangilah dia Mama. Demi Razif.”kata Razif perlahan sambil menitiskan airmata.
“ Mama janji sayang. Mama sayang Razif.”kata Mama mula menangis. Sudah tidak berdaya lagi menahan sendu.
“ kenapa semua menangis? Jangan lah menangis. Janganlah buat Razif sedih. Razif nak pergi dengan tenang”ujarnya
“apa abang cakap ni? Abang nak tinggalkan Anna ke? Abang jangan lah pergi. Kalau abang tak kesiankan Anna. Kesiankan Adam abang.”ujar isterinya teresak-esak
“ sabar Anna. “pujuk Mama mengusap belakang Anna.
Malam itu, Razif menyuruh Anna menemaninya di Hospital. Mama dan Pak Hassan pulang kerumah.
“ sayang. Marilah baring sebelah Abang”ajak Razif. Razif cuba berganjak sedikit supya Anna boleh baring di sebelahnya. Anna hanya menurut perintah. Dia juga merindukan saat-saat ini. Setelah Anna baring disebelahnya, Razif memeluk Anna.
“ Abang rindu Anna.”bisiknya syahdu pada telinga Anna.
“Anna lagi rindukan Abang” balas Anna. Razif mengucup pipi isterinya
“ lepas keluar Hospital, Abang nak rehat sepuas-puasnya.”ujar Razif
“Anna akan jaga Abang nanti ya”kata Anna
Razif tidak membalas.  Anna sangkakan Razif tidur. Sangkaannya meleset apabila keesokkan Doktor mengesahkan Razif sudah tiada lagi. Dia telah pergi buat selama-lamanya dalam pelukan isteri tersayang. Penyataan doktor membuat Anna hilang arah. Dia meratap semahu-mahunya. Jatuh terduduk dan bersandar pada dinding Hospital, tidak berdaya untuk bangun. Baru 2 tahun melayari rumah tangga akhirnya Razif pergi meninggalkannya terkapai-kapai bersama anak yang masih kecil. Anna belum puas merasa kasih suami tercinta. Kenapa Abang tinggalkan Anna? Abang tak sayangkan Anna ke? Abang……………………………… Anna menangis tanpa henti. Puas Mama memujuk namun Anna tetapi begitu.
“Abang akan selalu berada disisi sayang. Abang tak tinggalkan sayang”kata-kata itu kuat meresap di ingatannya. Anna semakin lemah. Terasa disuntik dengan ubat penenang.
Kenangan bersama suami tersayang semakin kerap hadir dalam mimpinya. Anna cuba untuk bangun, namun kepalanya terasa berat. Anna memegang matanya. Ada balutan. Matanya terasa pedih.
“Mama..”panggil Anna
“ya sayang. Mama kat sini.”jawab Mamanya
“kenapa dengan Anna Mama? Mata Anna ada balutan. Apa jadi dengan Anna?”tanya Anna bertubi-tubi
“ lepas Anna sembuh nanti Mama ceritakan semua. Sekarang Anna cepat sembuh ya. Adam sibuk cari Mamanya.”balas Mamanya.
Anna hanya diam. Seminggu di Hospital membuatkan dia semakin rindukan arwah suaminya. Kenangan bersama suami kerap bermain-main diingatan. Kesembuhan Anna membuatkan ramai doktor terkejut. Anna sembuh dengan cepat, malah mata yang digunakan amat sesuai. Hari ini, balutan mata Anna akan dibuka.
“buka mata perlahan-lahan ya.”kata doktor tersebut. Anna membuka mata dan menutupnya kembali.
“kenapa? Tanya doktor risau
“silau. Mata saya sakit.”ujar Anna
“okey. Biasa lah tu mula-mula memang macam tu. Sekarang buka mata dah tengok benda berwarna hijau dahulu.”kata doktor. Anna cuba dan akhirnya berjaya. Kini Anna boleh melihat semula. Wajah pertama yang dia lihat adalah anaknya Adam. Kemudian Mamanya. Mama kelihatan anggun dan awet muda. Tak lama kemudian ibubapa Anna masuk. Anna gembira. Dia sudah bisa melihat. Namun , wajahnya tiba-tiba meredup.
“kenapa ni Anna?tanya Mama
“ tak sempat Anna nak tengok arwah abang Razif” airmata mula bertakung
“jangan menangis Anna. Mata Anna baru nak elok.”kata Mamanya
“siapa yang derma mata kat Anna Mama?”tanya Anna
Mamanya mula bercerita tentang barah otak yang dihadapi arwah anaknya. Satu per satu cerita Mama cerita tanpa tertinggal satu pun. Bagaimana Anna boleh mendapatkan mata baru. Segala-galanya Anna telah tahu kini.
“ Anna nak tengok Abang Razif.”ujarnya  airmata yang bertakung sebentar tadi jatuh jua.
 “malam ni Mama buat kenduri arwah. Mayat Razif akan dibawa pulang kerumah.”ujar Mama sudah dapat terima hakikat.
Malam itu, Anna mendukung Adam menanti kereta jenazah sampai kerumah. Jenazah diletakkan di tengah rumah. Orang ramai mulai penuh di dalam rumah Mama. Anna terduduk melihat arwah suaminya yang telah siap di kafan kan. Dia mendekati jenazah. Bersih dan lembut wajah arwah suaminya. Kacak, patutlah Mama tak dapat terima hakikat Razif menikahinya dulu. Menitis airmatanya. Akhirnya, dia dapat menatap sendiri wajah suami tercinta. Walaupun tidak bernyawa lagi, Razif kelihatan seperti sedang tidur. Tidur yang lena. Anna mengusap pipi arwah Razif. Dia benar-benar sedih. Dia sangkakan dapat hidup bersama suaminya hingga akhir hayatnya. Tapi arwah suaminya pergi meninggalkannya dulu. Dia mengucup kedua belah pipi dan dahi arwah. Lama dia berbuat demikian untuk menghilangkan rindu yang menebal dalam hatinya terhadap arwah. Macam mana lah dia hendak melepaskan rindu lepas ni. Sesak dadannya kerana terlalu merindui arwah. Tak pernah dia berjauhan dengan arwah Razif. Kerana kemana sahaja Razif pergi, dia akan membawa Anna. Anna harus menerima hakikat dan meneruskan hidup demi Adam. Satu-satu anak dia bersama Razif. Razif selamat dikebumikan.
Kini tinggal Anna bersama Mama dan Adam. Sunyi dan sepi hidupnya tanpa gurauan daripada Razif setiap hari. Kerap juga dia menangis apabila teringat pada suaminya. Dalam almari bajunya banyak lagi baju arwah Razif tergantung. Sengaja dia buat begitu bagi menghilangkan rindunya pada Razif. Panggilan daripada peguam membuatkan Anna teringatkan surat yang pernah dia tandatangan. Rupanya itu adalah surat penyerahan harta. Tabung untuk pelajaran Adam juga telah tersedia. Telah lama rupanya Razif membuat perancangan. Kini, Anna lah yang menggantikan tempat arwah Razif menguruskan syarikat milik keluarga Razif. Dalam pejabatnya penuh dengan gambar arwah suaminya sebagai penguat dia meneruskan hidup.
Kini hiduplah Anna sebagai seorang perindu. Tiada pengganti Razif. Tak nak sesiapa menggantikan Razif. Dia tekad meneruskan hidup bersama Adam sahaja. Walaupun sepi dalam ingatannya hanya ada Razif. Semakin hari, semakin kuat ingatannya pada Razif. Anna cintakan razif sampai bila-bila ! katanya dalam hati.